Assalamualaikum semua....
Paku berdiri??? Macam mana tu?? Haa bagi korang yang tengah cari permainan apa untuk dibuat dalam apa-apa program, boleh la ambil idea ni. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan untuk suka-suka malah permainan ini juga menguji daya fikir dan sifat kerjasama antara ahli pasukan. So, kat sini saya ajar kamu cara2 nak main permainan paku berdiri ini.
- Kamu hendaklah sediakan 11 paku dan platasin/tanah liat.
- Susun paku 2 hingga 8 berselang seli, 4 batang paku di setiap bahagian seperti gambar di atas.
- Letak paku 10 di atas paku-paku yg disusun tadi betul2 di antara kepala-kepala paku supaya paku-paku itu dapat bersangkut antara paku 1 dan paku 10. Pastikan juga kepala paku 10 bertentangan dengan kepala paku 1.
Dengan perlahan, angkat paku yang disusun dengan memegang di kedua-dua bucu seperti gambar di atas. Letakkan di atas paku tegak dengan menyentuhkan bahagian tengah paku 1 dengan kepala paku tegak. Lepaskan perlahan-lahan
Ini lah hasilnya bila diletakkan bersama paku yang ditacap tu..
P/S: Untuk memudahkan kefahaman kamu..kamu boleh tonton video yang disediakan dibawah ini.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan