TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG KAMI,,MANFAATKANLAH ILMU YANG TELAH ANDA TUNTUT..

Jumaat, 25 Mac 2016

RESEPI STEAMBOAT RINGKAS DAN MUDAH


Disini saya ingin kongsikan resepi ringkas dan mudah untuk menyediakan sup steamboat perisa tom yam. Sesetengah dari kita teringin nak makan steamboat tetapi malas untuk pergi ke restoran untuk menikmatinya. Resipi yang saya nak kongsikan sangat senang mudah dan bahan-bahan yang mudah dicari.

Bahan-bahan sup
-bawang putih & merah (untuk menumis)
-kiub stock ayam & tomyam
-rempah segera tomyam
-daun limau
-serai
-garam secukup rasa.

Bahan-bahan steamboat
-sosej
-jejari ketam
-bebola sotong & ikan
-ayam (dipotong dadu)
-cendawan
-bahan-bahan lain yang ada

Untuk sup tomyam, tumiskan bawang putih dan merah, setelah naik bau, masukkan pes segera tomyam dan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan tomyam serta kan juga serai dan daun limau. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Setelah semuanya cukup rasa, masukkan bahan-bahan steamboat dan selamat menjamu selera

Cara Mudah Untuk Membuat Steamboat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan