Adakah
anda rasa diri anda berada dalam sifat marah apabila mendapat seseorang
memotong anda dalam traffic jam? Adalah
tekanan darah anda meningkat dengan karenah orang sekeliling anda ?
Yang
pasti orang yang baran ini mesti sering kali cepat berada dalam keadaan marah.
Siapa sahaja boleh “ naik angin ” . Tidak kira lelaki , perempuan, dewasa
malahan kanak-kanak sekali pun. Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk mengawal
dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya sama
sekali. Sudah tentu memakan masa yang lama untuk melatih diri sendiri.
Kemarahan
adalah emosi yang normal kepada setiap individu. Yang penting, bagaimana cara
kita sendiri untuk mengawal dan mengatasinya dengan cara yang betul dan
positif. Jadi ? bagaimanakah caranya untuk mengawal segala rasa kemarahan yang
ada dalam diri kita supaya diri kita tidak dikuasai oleh aura negatif. Perkara
ini adalah tidak mudah untuk setiap orang. Asalkan dapat mengurangkan rasa
kemarahan dalam diri itu sudah baik !
Disini
saya akan kongsikan cara untuk mengawal segala rasa kemarahan di dada. Mari
baca dan cuba amalkan ! J
1)
BERIKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Cuba kirakan nombor 1 hingga 10. Jangan fikir untuk
kanak-kanak sahaja ya. Sebagai seorang dewasa, mengira nombor 1 hingga 10 juga
boleh memberi ketenangan kepada diri sebelum memberikan reaksi yang boleh
membangkitkan rasa kemarahan yang meluap- luap dalam diri. Tarik nafas
dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambilah masa untuk
menenangkan diri dari bertemu dengan orang yang membuat kekecewaan dan
kemarahan kita.
2)
SETELAH TENANG, LEPASKAN KEMARAHAN !
Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir secara
waras, nyatakan kekecewaan dan kemarahan anda dengan tegas. Tetapi bukan dengan
konfrontasi. Apabila diri sudah stabil, kita boleh berfikir sama ada perkara
tersebut perlu untuk dimarahakn atau tidak dan boleh bertindak secara rasional.
3)
AKTIFKAN DIRI DENGAN AKTIVIT LUAR
Senaman boleh menghilangkan tekanan emosi. Terutama waktu
kita hendak meletup. Dengan berjalan, berlari atau berbasikal boleh melepaskan
kemarahan kita. Tak percaya ? cubalah ! Anda juga boleh melakukan aktiviti yang
anda gemari.
4)
BERFIKIR SEBELUM CAKAP
Sebelum memulakan bicara, eloklah berfikir dahulu. Dalam
kemarahan boleh seseorang boleh mengeluarkan kata yang menyinggung perasaan
orang lain. Jadi, lebih baik kita berfikir sejenak kerana anda mungkin akan
menyesal dikemudian hari. Ajak lah sekali mereka yang bersama dengan anda dalam
keadaan marah untuk melakukan ini.
5)
KEKALKAN MENGGUNAAN PERKATAAN “SAYA”
Bagi mengelakkan anda terus mengkritik dan terus menyalahkan
orang, gunakan “saya” untuk menerangkan masalah tersebut dengan terang.
6)
JANGAN BERDENDAM
Memaafkan orang adalah perkara yang paling berkuasa. Jangan
biarkan perasaan negatif itu mengusai perkara yang positif. Kerana ia akan
membuatkan diri kita tenggelam dengan kepahitan diri sendiri. Tahukah anda ?
dendam boleh dikira penyakit hati. Jadi apa salahnya kita memaafkan orang itu.
Dan hati kita akan menjadi tenang !
Tips Cara Mengawal Perasaan Marah Dari Ustaz Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan