
Okay hari ini saya nak kongsi cara memberi
berita buruk supaya tidak mengecilkan hati atau membuat orang lain berasa marah
dan paling best masih disayangi.
A problem remains a problem when there is
no solution.
Berita buruk adalah perkara paling benci
untuk didengari kerana ia adalah satu masalah. Berita buruk benci untuk
didengari kerana ia adalah satu bebanan untuk mencari jalan keluar.
Contoh berita buruk ; "Mak saya failed
paper Account, saya kena repeat paper". Usih, NAK KENA KE DENGAN MAK AWAK KALAU DIRECTLY
CAKAP MACAMTU ? 6 MINGGU PUN TAKKAN
HABIS BEBELAN MAK KAU SIAP ? MAMPU BERTAHAN ?
Contoh berita buruk ; "Adik, akak
terlanggar anak kucing adik sampai mati sebab akak tak perasan dia duduk dekat
tayar". KESIAN ADIK AWAK TU. MENANGIS SEMINGGU TAK BERHENTI ADIK TU. JAHAT
PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM REVERSE.
Contoh berita buruk ; "Nasi dah
habislah dik ". AMBOI, NI KEDAI MAKAN KAN, CEPAT SANGAT HABISNYA, TAK KAN
LAH TAKDE MASAK NASI EXTRA. PLUS, SEKARANG WAKTU LUNCH.
Contoh berita buruk ; "Sayang, abang
nak kahwin lain". Cubalah try cakap, CUBA.
Jadi cara yang terbaik dan penuh hormat
untuk beri berita buruk adalah to cushion its impact with a solution. Dengan
mengurangkan impak berita buruk itu apabila ia didatangkan sekali dengan
beberapa cadangan penyelesaian.
First, kita kena paham dari mana kemarahan
itu datang. Dari situ kita akan mendapat idea bagaimana untuk meredakannya.
Contoh berita buruk yang fail paper Account sampai kena repeat. Mestilah
kemarahan emak itu datang dari satu kekecewaan dan ketakutan. Mesti dia takut
anak dia fail terus untuk yang keberapa kali. Bila dah faham sumber kemarahan
itu, kau datangkan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan hatinya. "
Mak saya failed paper Account, saya kena repeat paper, *tapi* saya akan jumpa
pensyarah supaya dia dapat mengajar dengan lebih fokus dan penuh dengan penuh
tumpuan kepada saya seorang". Okay. Begitulah caranya (provided awak dah
setelkan segala benda yang awak cakapkan tu). Tapi, kalau mak awak masih marah.
Tapi dia marah saja lepas itu dia buntu nak bebel apa dah sebab bebelan
biasanya adalah satu keluhan kesalan. Tapi awak dah matikan point dia bila awak
beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif awak sendiri. Okay ?
" Adik, akak terlanggar anak kucing
adik sampai mati sebab akak tak perasan
dia duduk dekat tayar *dan* akak tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga
kucing tengah makan tuna atas dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan
kucing baru sebab akak tahu adik suka peluk kucing masa tidur."
" Nasi dah habislah dik, *jadi* akak
tengah masak nasi, adik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah nikmatilah ice
cream semangkuk sementara adik tunggu"
"Sayang, abang nak kahwin lain *maka*
abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik"
Begitulah. Okay yang akhir mungkin tak akan
berhasil juga, maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan