Tengah seronok memandu, tiba-tiba terasa seperti kereta
berat sebelah dan stering bergetar. Jika keadaan ini berlaku, cuba berhenti
tepi dan periksa tayar anda. Apabila turun dari kereta anda melihat salah satu tayar
anda pancit atau perkataan lain tayar bocor. Jika keadaan ini terjadi kepada
pemandu lelaki, mungkin tiada masalah besar bagi mereka. Tetapi bagi pemandu
wanita, ianya adalah satu masalah yang sangat-sangat besar.

Oleh itu, pemandu wanita ataupun pemandu lelaki sendiri yang
tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi situasi tayar pancit
atau bocor ini, anda boleh mengikut langkah-langkah ini.
Pertama sekali,pastikan anda buka lampu kecemasan supaya
kenderaan lain Nampak anda dari jauh. Pasikan juga anda berhenti di tempat yang
rata.
Setelah pastikan semuanya selamat. Buka but belakang kereta
anda. Angkat papan yang ada dalam but kereta anda. Di bawah itu akan ada tayar
simpanan dan juga alatan yang perlu digunakan untuk menukar tayar pancit anda.
Pastikan tayar simpanan anda mempunyai angina yang cukup untuk menggantikan
tayar yang pancit tadi. Salah satu sebabnya kita perlu selalu memeriksa tayar
simpanan dalam keadaan baik supaya dapat digunakan dalam keadaan kecemasan
sepeti ini.
Seterusnya, keluarkan tayar simpanan tersebut dan semua
alatan untuk menggantikan tayar. Gunakan ‘spaner’ untuk longgarkan tayar anda.
Selepas itu, ambil ‘jack’ dan cari tempat yang rata di bawah tayar. Naikkan
kereta anda dari paras tanah.
Buangkan nut-nut yang dilonnggarkan dan tarik keluar tayar
tersebut dari lubang-lubang nut. Setelah itu, ambil tayar simpanan dan masukkan
pada lubang-lubang tadi seperti tayar pancit tadi. Apabila tayar berada dalam
keadaan yang betul, pansangkan semua nut- nut yang di tanggalkan tadi.
Ketatkan nut-nut tersebut dengan memijak ‘spaner’ bagi
betul-betul ketatkan semua nut. Selepas semuanya sudah, turunkan kenderaan ada
perlahan-lahan hingga ‘jack’ dapat dikeluarkan. Simpan tayar pancit pada tempat
tayar simpanan dan kemaskan alatan-alatan yang digunakan.

Begitulah cara menukar tayar pancit yang saya dapat
kongsikan. Untuk lebih memahami apa yang saya terangkan, sila lah lihat pada
video yang saya selitkan. Semoga ini dapat membantu anda menghadapi masalah
tayar pancit dan menambah pengetahuan anda.
Terima kasih kerana membaca.
Cara-cara Menukar Tayar Kereta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan