TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG KAMI,,MANFAATKANLAH ILMU YANG TELAH ANDA TUNTUT..

Jumaat, 25 Mac 2016

CARA-CARA MEMBUAT PUDDING KARAMEL GULA HANGUS

Pencuci mulut puding karamel gula hangus memang digemari ramai. Puding ini sangat mudah disediakan. Di sini saya ingin kongsikan resepi untuk menyediakan pudding karamel gula hagus mengiurkan.
Pertama sekali sediakan bahan-bahannya,

Untuk karamel gula hangus
-80gm gula putih
-1 ½ sudu besar air

Untuk pudding telur
-5 biji telur ayam gred B
-500ml susu cair atau susu segar
-1 sudu kecil esen vanila
-garam secubit

Permulaannya, kita sediakan karamel gula hagus dulu. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak hingga perang sedikit, setelah itu, cepat masukkan air untuk cairkan gula tersebut. Setelah gula betul-betul cair dan tidak berketul, matikan api dan masukkan ke dalam bekas pudding dan biarkan sejuk.
Sekarang beralih ke pudding telur pulak. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan putarkan sehingga sebati. Setengah resepi akan masukan sedikit gula dalam campuran ini. Untuk resepi ini, saya tidak masukan gula kerana mahu jadikan puding ini lebih sihat dan kurang manis. Akhir sekali untuk adunan puding ini, masukkan secubit garam untuk meningkatkan rasa lemak pada puding.
Untuk cara masak, puding ini menggunakan cara kukus. Pastikan periuk kukus telah dipanaskan. Setelah itu, masukkan puding dalam bekas yang berisi karamel gula hagus yang disediakan awal tadi.

Kukus puding selama 20 minit. Setelah masak, sejukkan dan hidangkan. Selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca. 

Tutorial Membuat Puding Kukus Karamal Hangus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan