Mungkin
ramai yang dah cuba dan ada yang baru 'search' nak cuba buat Air Detox atau
Infused Water sendiri dekat rumah. Lebih-lebih lagi sekarang selepas musim cuti
dan cuti sekolah bawa anak-anak berjalan dan bercuti kita lagi kena rajin
berdetox secara semulajadi ni. Sebabnya? Makin banyak kita berjalan makin
banyak lah kita makan makanan luar kan. Dah makan tu tak semua makan makanan
yang sihat kononn tak pe lah setahun sekali kan. Hehe tapi bila dah banyak
toksin dalam badan tu bila nya nak singkirkan? Setahun sekali jugak ke? Oleh
sebab itu kita perlu lagi rajin 'detox' diri kita untuk buang segala toksin
yang lama tersimpan dalam tubuh badan kita.
MAKSUD
DETOKS?
Detoks atau detoksifikasi adalah proses dimana
pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam badan manusia.
APA ITU INFUSED WATER ?
Air Detox
atau Infused Water adalah diperbuat daripada campuran air mineral berserta
buah-buahan yang terpilih. Ia dipanggil Infused Water. Kebiasaannya untuk
menghasilkan Infused Water kita hendaklah membiarkan buah-buahan yang
dicampurkan bersama air mineral itu tadi dalam tempoh masa 5-6 jam sebelum
dinikmati. Air detox atau Infused Water ini membantu kita mempercepatkan
dan memudahkan proses pembuangan atau penyingkiran toksin dalam badan kita.
Caranya senang je potong buah-buahan campurkan bersama
air mineral dalam bekas atau botol air dan tinggalkan selama 5-6 jam. Esok
bangun pagi boleh minum dah. Senangkan? Rasanya yang agak masam mungkin
membuatkan kita kurang selesa nak minum tapi bila dah biasa, minum Infused
Water macam minum air mineral dah. Biasanya saya akan buat Infused Water 3 kali
seminggu dan saya tak akan simpan Infused Water tu lama-lama. Buat untuk
sekali minum dan untuk hari seterusnya buat lagi. Seronok sebab Infused Water
ni memudahkan bahan toksin dalam badan kita disingir keluar. Badan pun sihat
dan lebih bertenaga.
KELEBIHAN AIR DETOX @ INFUSED WATER
- Membantu membersihkan dan
menyingkirkan toksin dalam badan
- Membantu mengempiskan perut.
Infused Water merupakan minuman detoksifikasi yang bagus untuk membantu
perut dalam proses pencernaan yang baik. So banyak kan minum air kosong
atau infused water ye kalau nak perut selim macam Abang Ali ;)
- Mencantikkan kulit, kulit lebih
lembap tidak berminyak dan kelihatan awet muda. Bila kita minum air yang
secukupnya sel sel kulit kita pun sihat tu yang kulit lembap macam kulit
baby tu kan. Nak kulit cantik jom rerajin minum infused water
- Lebih bertenaga. Infused Water
ni bukan air magik taw minum minum terus ada tenaga lari sepantas kilas
tak. Hehe Infused Water membantu membekalkan keperluan air dan
membersihkan segala kotoran (toksin) dalam badan kita. Bila badan bersih
kita pun jadi lebih cergas dan ringan untuk buat aktiviti apa saja kan?
Sebab tu minum 8 gelas air kosong penting dalam harian kita. Kalau rasa
air kosong tu tak sedap hah Infused Water lah jawapannya. Bagi tekak
berbuah-buah rasa kenikmatan Infused Water ni yea.
RESIPI AIR DETOX @ INFUSED WATER
Pembakaran
Lemak, Pencernaan & Sakit Kepala
RESIPI :
Teh hijau
sangat lazim dalam kalangan masyarakat cina. Kerana ia adalah herba yang baik
dalam membantu menurunkan berat badan. Untuk membuat Infused Water teh hijau
boleh dicampurkan dengan daun pudina yang terkenal dengan sifat kesegarannya
dan limau nipis. Campurkan kesemuanya dan peram selama 5-6 jam sebelum diminum.
Insyaa Allah ia dapat membantu membakar lemak dalam badan kita, melancarkan
sistem pencernaan sekaligus membantu sesiapa yang sering mengalami sakit
kepala.
Penghadaman yang Baik & Sokongan
Gula dalam Darah
RESIPI :
Gabungan
Timun, Strawberi dan Buah Kiwi sangat membantu dalam penyokongan gula dalam
darah. Seperti yang kita tahu tubuh kita memerlukan glukosa bagi menghasilkan
tenaga yang maksimum. Kekurangan glukosa juga adalah salah satu punca kita lesu
dan lemah dalam melakukan sebarang aktiviti. Infused Water yang telah diperam
ini mampu membantu menyokong keperluan gula dalam darah kita sekaligus membantu
melancarkan sistem penghadaman. Rasanya pun sedap ;) Tak rugi mencuba
kan.
Membantu Mengawal
Selera Makan & Penghidratan Sistem Pencernaan
RESIPI :
Gabungan
ketiga-tiga campuran tersebut iaitu Timun, Lemon dan Limau Nipis sangat
membantu dalam melancarkan sistem pencernaan kita sekaligus ia membantu kita mengawal
selera makan. Ia sesuai diamalkan pada sesiapa yang dalam rancangan nak diet
atau tengah diet tu kan. Kira bonus lah ni, minum Infused Water dapat lancarkan
sistem pencernaan dan kawal selera makan kita. Bila selera makan dah terkawal
senang lah nak capai target Nomal BMI kan. Bagi yang tengah berdiet tu boleh la
cuba resipi ni tapi jangan lupa senaman yeaa J
Membantu Mengempiskan Perut
RESIPI :
Yang ni mesti ramai yang suka kan? Hehe abang-abang kakak
yang perut comel ala ala ibu peknen tu. Penat dah cuba pelbagai produk nak
kempiskan perut tu tapi still memboyot jugak? meh kita cuba yang ni pulak.
Natural kita pun tak risau dengan kandungan dia sebab memang healthy. Boleh
buat sendiri kan. Timun, Halia, Daun Pudina dan Lemon sangat bagus untuk
membantu kita dapatkan perut yang menawan.
Resepi Membuat Air DETOX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan